Thursday 13 September 2012

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI

MAJLIS ' SILATURRAHIM '
MANTAN PEGAWAI-PEGAWAI 3 RAMD YANG BERKHIDMAT 
DARI TAHUN 1982 HINGGA 1985


Satu ' Majlis Silaturrahim ' Mantan pegawai-pegawai Bn Ke 3 RAMD yang pernah berkhidmat di Kem Sri Miri telah diadakan pada 08hb September 2012 bertempat di Wisma Perwira 4 Divisyen, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Seramai hampir 17 orang pegawai , isteri dan anak-anak turut hadir menjadikan kehadiran keseluruhan ialah seramai 40 orang. Ini adalah julung-julung kali majlis seperti ini diadakan bertujuan untuk beramahmesra dan mengimbau kembali kisah dan kenangan lama.

Kesempatan ini juga dirakamkan kepada Panglima Markas 4 Div Mej Jen Datuk Suhaimi serta barisan urusetia kerana telah sudi menganjurkan majlis ini dengan jayanya serta memberikan ruang dan tempat untuk majlis ini diadakan. Jazakallah hu khairan kasiiraa

PEGAWAI-PEGAWAI 3 RAMD 
DI KEM SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR



PEGAWAI-PEGAWAI 3 RAMD 
BERSAMA ISTERI KETIKA MAJLIS ' LADIES NIGHT '
DIWISMA PERWIRA KEM SG BESI, KUALA LUMPUR



PEGAWAI-PEGAWAI 3 RAMD 
DI KEM SRI MIRI, SARAWAK