SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu DiRaja telah ditubuhkan pada 1 Jul 1948 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Batalion ini merupakan batalion pertama yang ditubuhkan selepa serang Dunia Pertama dan semasa tercetusnya darurat pada tahun 1948 – 1960. Asas keanggotaan batalion ini adalah daripada Batalion Pertama dan Batalion Kedua RAMD yang ditubuhkan terlebih dahulu. Pada awal penubuhannya, kebanyakan pegawai terdiri daripada rakyat British. Pegawai Memerintah pertama batalion ini adalah Leftenan Kolonel W.O. Walton.Pegawai-pegawai Melayu hanya terdiri daripada pegawai yang berpangkat Kapten dan Sabaltan

LAMBANG DAN COGANKATA PASUKAN

Lambang pasukan adalah lambang Rejimen Askar Melayu Diraja dan menggunakan angka tiga huruf arab ( ٣ ) membawa pengertian warga pasukan bersifat berani dan sentiasa berjuang demi menjaga maruah serta kewibawaan Kor Rejimen Askar Melayu Diraja. Cogankata pasukan pula adalah TEGUH BERANI.







WARNA PASUKAN


Warna yang dikhaskan untuk pasukan adalah warna kuning. Latar belakang kuning melambangkan keperibadian, keteguhan dan keberanian pasukan dalam mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara

PANJI-PANJI


Penganugerahan Panji-panji Pasukan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika itu iaitu General Sir Gerald Templer yang mewakili Baginda Ratu Elizabeth II pada 17 Apr 1952. Upacara bersejarah tersebut telah diadakan di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan turut dihadiri DYMM Sultan Kelantan serta DYMM Sultan Pahang. Pegawai Memerintah ketika itu adalah Lt Kol A.C. Hurden, manakala Pegawai Panji-panji adalah Lt Ariffin bin Ismail. 

Pada 21 Mei 1962, pasukan sekali lagi mencatat sejarah tersendiri. Suatu Istiadat pengurniaan panji-panji baru telah diadakan dan DYMM Sultan Kedah telah berkenan untuk menyempurnakan istiadat berkenaan. Perbarisan telah diadakan di Kem Kepala Batas, Kedah dengan dihadiri pembesar negeri dan disaksikan seramai 2000 orang. Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Osman bin Rani manakala Pegawai Panji-panji adalah Ltm Wan Nordin bin Wan Mohamad.

Pada bulan Okt 1995, pasukan telah bertukar ke Kem Lok Kawi, Sabah. Selepas setahun berada di Sabah, pasukan sekali lagi telah dianugerahkan panji-panji pasukan yang baru.Istiadat ini diadakan di Padang Kawad pasukan pada 21 Okt 1996 dan disempurnakan oleh DYMM Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah. Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Abdul Jalil bin Makmor manakala Pegawai Panji-panji adalah Lt Mohamad Fauzi bin Kamis.

AFILIASI


Batalion telah digabungkan dengan The Royal Warwickshire Regiment, British Army pada 1Nov 1954. Gabungan ini ditamatkan pada tahun 1968 kerana The Royal Warwickshire Regiment telah dibubarkan semasa penyusunan semula tentera British


Rujukan Maklumat Sejarah  : maklumat di petik dan
di ambil dari http://www.ramd.mil.my/batalion









1 comment:

  1. SEJARAH INI TIDAK LENGKAP. BEBERAPA KEJADIAN TIDAK ADA : SAPERTI KETUA PKM DCM 'CHITIET' DISTRICT COMMITTEE MEMBERS (DCM) DIBUNUH SERTA BEBERAPE AHLI PKM- PERAK MENDAPAT KAWASAN PUTIH,PERISTIWA KALABAKAN DAN LADANG TEBU CHUPING...?

    ReplyDelete