ANAK DIDIK BN KE 3 RAMD

Profile Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan 
Jeneral Dato' Masood Hj. Zainal Abidin

Sumber: BTDM Januari 2007 
Image
Lt Jen Dato’ Masood Hj Zainal Abidin dilahirkan pada 21 Sep 1952 di Segamat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di negeri tersebut dan menamatkan pendidikan di Sekolah Menengah King Edward, Taiping, Perak. Beliau mendapat latihan asas ketenteraan di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi mulai 01 Dis 1972 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 15 Mei 1975. Antara jawatan-jawatan rejimental yang pernah disandang oleh beliau adalah sebagai Ketua Platun, Pegawai Risik Pasukan, Ajutan 3 RAMD dan Ketua Kompeni 18 RAMD serta Pegawai Memerintah 17 RAMD Para. Antara perjawatan lain yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai Pegawai Staf 3 Tadbir dan PS 2 RAMD A di KEMENTAH, Juruarah di PULADA, Ketua Cawangan Gerak di Pusat Olah Peperangan TD, PS 1 Infrastruktur di Jabatan Arah PUTD, Timbalan Panglima 10 Bgd, Pengarah Kor Polis Tentera Diraja, Panglima 10 Bgd Para, 

Panglima 4 Div, Panglima Medan TD dan kini menjawat jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat pada 31 Jan 2007. Di sepanjang penglibatan beliau di dalam Angkatan Tentera Malaysia selama hampir 32 tahun, beliau telah diberi peluang menghadiri beberapa kursus di luar negara diantaranya Kursus Grade Staff and Tactic di New Zealand, ARMOUR Commander di Puck punyiil Australia Army Staff Course (Dev Tech) di RMCS UK, Army Command and Staff College di Camberly UK, International Senior Officer, Amphibious di San Diego USA, Joint Service Staff College di Australia, Initiative in Conflict Management Planning for Civil Military Cooperation di Harvard University UK. Di samping itu juga beliau telah terpilih untuk menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dan Organisation Management di INTAN. Dalam bidang akademik pula, beliau memperoleh Diploma in Strategic Studies dari University Canberra Australia pada tahun 1996.

Beliau terlibat aktif dengan gerakan-gerakan menghapuskan pengganas komunis di negeri-negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang bermula dari kerjaya ketenteraannya sehinggalah Parti Komunis Malaya menyerah diri pada tahun 1989. Semasa menjawat jawatan Pengarah Kor Polis Tentera Diraja, beliau turut terlibat dalam merancang dan melaksanakan gerakan mengesan dan menangkap kumpulan militan AI Maunah sehinggalah berjaya merampas semua senjata yang telah dicuri oleh kumpulan tersebut dari sebuah penempatan tentera dalam tahun 2000.

Sebelum ini, beliau diberi tanggungjawab sebagai Panglima Medan Tentera Darat untuk memerintah, mengawal dan mentadbir 4 Formasi Divisyen Infantri iaitu1 Div, 2 Div, 3 Div dan 4 Div serta Gerup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) yang terletak diseluruh pelusuk negara Malaysia. Tanggungjawab ini meliputi aspek-aspek perisikan, gerakan, latihan, pentadbiran dan logistik.

Beliau juga adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Wilayah Sempadan Malaysia/Thailand bersama dengan Panglima 41thArmy, Royal, Thai Army bagi mengadakan perhubungan dua-hala di dalam menguruskan keselamatan sempadan Maiaysia/Thailand. Perhubungan ini telah terjalin dengan erat dan baik sekali dan beliau juga adalah merupakan ahli kepada Jawatankuasa Bersama Persempadanan Malaysia dan Indonesia.

Bagi mengenang jasa beliau kepada perkhidmatan dan negara, beliau telah dikurniakan beberapa darjah kebesaran seperti Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - 2004, Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) - 2002, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - 2002, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) - 2000. Johan Setia Mahkota (JSM) - 2002, Kesatria Mangku Negara (KMN) - 1995, Ahli Mangku Negara (AMN) - 1995, Ahli Mangku Kedah (AMK) - 1995, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - 1993,

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Junaidah Hj Zainol dan dikurniakan empat orang cahayamata perempuan dan seorang cucu. Beliau amat meminati aktiviti lasak antaranya berkuda (endurance riding) menyelam dan terjun payung bebas. Beliau juga aktif dalam sukan golf. Di samping itu, beliau juga adalah merupakan Naib Pengerusi Persatuan Bina Badan Malaysia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia.

No comments:

Post a Comment